Wednesday 2 November 2005

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mulia
Maaf Zahir dan Batin

Kepada semua keluargaku dan sahabatku yang beragama Islam, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan maafkanlah zahir dan batinku. Semoga anda semua sihat selalu dan semoga kehidupan anda penuh dengan cukup sukacita untuk berhidup gembira dan cukup dukacita untuk mengingati kemanusiaanmu. Berayalah dengan sepuas-puas hatimu tetapi janganlah keterlaluan sehingga makan tidak boleh bergerak.


Kepada rakan-rakanku dan saudaraku yang berada di luar negara (Alisa) pada masa ini, kami sentiasa mengingatimu pada hari yang mulia ini. Janganlah bersedih sebab tidak berada dengan keluarga tetapi nikmatilah peristiwa perayaan ini di negara lain. Ingatlah bahawa Raya bukannya boleh disambut pada Hari Raya Aidilfitri sahaja sebab setiap hari kami bersamamu adalah Hari Raya yang mulia. Jagailah dirimu sehingga kami bertemu kembali. Sekali lagi, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment